Kimbap (Gimbap) ni juga salah satu makanan rakyat Korea, nampak macam sushi kan. Ahakss.... Actually, deme ni lebih kurang adik beradik juga la.
Bukan senang dapat masak macam ni. Kena bertarung dengan masa, kalau hari bekerja memang jarang la aku mencuba masakan yang bukan selera family aku. Hari bekerja ni, turn aku masak adalah malam, sebab waktu malam aku kurang sikit aktiviti. Tapi masakkan baru biasanya aku akan cuba masa hari cuti iaitu Sabtu dan Ahad, sebab adik-adik dan anak buah aku cuti.
Ok. Mana Kimbap atau Gimbap ni dapat nama. " kim @ gim" merujuk kepada kepingan seaweed kering dan "bap" ialah nasi dalam bahasa Korea, bukan dalam bahasa Melayu ye.
Apa yang membuatkan kimbap ni berbeza dari sushi? Adakah rupanya ke? Atau sizenya ke? Hah. Jawapannya adalah nama deme. Hahahahah. Gurau je. Sebenarnya adalah kandungan campuran bahan di dalam nasi. Kandungan campuran nasi di dalam kimbap cukup simple, iaitu nasi dicampur dengan garam dan sesame oil.
Manakala, nasi untuk sushi pula di campur dengan rice vinegar atau cuka sushi, garam, dan gula. Dah kandungan berbeza, sure la rasanya juga berbeza.
Kimbab rasanya sedikit masin, ditambah pula dengan aroma dan rasa sesame oil yang kuat hingga menenggelamkan bau dan rasa seaweed. Sushi pula terdapat pelbagai rasa, ada masin, manis dan masam. Jadi aroma dan rasa seaweed jelas dapat dirasa.
Kimbap
Recipe : Naomi Imatome-Yun
- 4kpg Nori (seaweed kering)
- 2cwn Nasi (guna short grained rice)
- 2tsp Sesame oil
- 2tsp Garam
Traditional Filling
- 1btg Lobak merah
- 1btg Timun Jepun
- 2biji Telur
- 8btg Isi ketam
- 1/2tsp Lada hitam
- Bijan
Dalam satu mangkuk, masukkan nasi, sesame oil dan daram. Kacau rata.
Dalam mangkuk lain, pecahkan telur. Rencahkan dengan sedikit garam dan lada hitam.
Masukkan isi ketam dalam mangkuk dan tuang dengan air panas. Biarkan 2 minit dan toskan.
Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak dan masukkan telur. Apabila dah setengah masak, gulungkan telur. Tekan-tekan sikit bagi padat. Angkat dan potong.
Tepekkan nasi di atas seaweed, tekan-tekan sikit bagi padat. Tinggalkan hujung sikit, senang nak gulung nanti.
Letak pula intinya. Susun ikut kreativiti korang.
Gulungkan perlahan-lahan sambil picit-picit bagi padat.
Ulang sampai habis.
Dah selesai boleh potong.
Taburkan bijan sikit kat atas kimbap tadi.
Baru nampak macam kimbap Korea. Ahakssss.
Simple je resepi dia, blh try nnti
ReplyDeleteTry la, xrugi cuba.
Deletetau beli je...bole cuba la camni...terima kasih berkongsi...^_^
ReplyDeletemudah je buat rupanya...follow trus blog ni...
ReplyDeleteMna nk dpt dy punya bahan ?
ReplyDeleteMna nk dpt dy punya bahan ?
ReplyDeleteBijan kne goreng dulu ke?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSeaweed yang halal ada jual dimana lagi eh?
ReplyDelete