Monday 5 January 2015

Resepi Tortilla Wrap

Selamat Tahun Baru 2015,
Walaupun dah terlambat beberapa hari. Hehehehe. Rasanya macam baru je tahun 2014, tetiba dah masuk tahun 2015 pulak kan. Azam pun kena update jugak, mana-mana azam tahun-tahun lalu yang belum tertunai bawaklah ke tahun ni. Hehehehe. Kalau masa sekolah dulu, tiap-tiap tahun pasang azam baru. Tahun baru azam pun barulah, ye tak. Tapi bila dah dewasa ni baru sedar bertapa pentingnya menunaikan azam yang kita buat. Korang pulak macam mana?
Cuti tahun baru ni jatuh pada hari Khamis, dan hari Jumaat ada urusan pendaftaran adik di kolej. Sabtu dan Ahad pulak memang hari tak bekerja. So, banyak la masa untuk berehat dan bersantai-santai kat rumah. Kebetulan pulak anak buah kesayangan ada kat rumah, aku pun merajinkan diri membuat resepi yang serba mudah dan ringkas, dan paling penting mengenyangkan. Anak buah pun suka.
Tortilla Wrap. Buatnya mudah je, lebih mudah kalau beli tortilla yang ada kat pasaraya tu. Hehehehe. Cuma ikut je instruction yang tertulis kat plastik.
Tortilla
Recipe by : Azlita Aziz
  • 250gm     Tepung Gandum
  • 1tsp          Baking Powder
  • 1tsp          Garam
  • 55gm        Shortening
  • 175ml       Air Suam

Inti
  • 2kpg       Dada Ayam
  • 1tsp         Lada Hitam
  • 1tsp         Garam
  • 2tsp         Minyak Bijan
  • secubit    Serbuk Pati Ayam
  • 2biji        Tomato      - dipotong dadu
  •                 Salad        -dihiris
  •                 Mayonis - Thousand Island



Cuci bersih ayam dan keringkan.
Kemudian masukkan lada hitam, garam, dan serbuk pati ayam. Gaul rata dan masukkan minyak bijan. Gaul lagi.
Perap sebentar, dan pagang dalam oven 250C sehingga perang.
Ayam yang telah masak dipotong memanjang.
Sambil tu, ayak tepung, baking powder & garam. Masukkan shortening dan ramas-ramaskan.
Tuang air suam dan uli sehingga menjadi doh. Tutup dengan plastik dan biarkan lebih kurang 15 minit.
Bahagi doh kepada 5 bahagian sama rata dan bentuk menjadi bebola kecil. Biarkan 10 minit.
Kemudian canaikan doh diatara 2 keping plastik, sehingga menjadi bulat
Panaskan non-stick pan dan masak tanpa minyak. Balik-balikkan bila permukaan mengelembung.
Masak setiap side 1 1/2 minit.
Setelah siap letakan tomato, salad, ayam panggang, dan mayonis di atas tortilla dan di gulung.





*P/S : Kalau nak buat tortilla yang digulung, mestilah gulung sewaktu tortilla tu masih panas. Kalau lambat tortilla akan keras dan patah bila kita gulung.

1 comment:

  1. How do you make money from Betway? - WorkTOMAKEE
    Betway makes it easy to get started, and the site offers you the chance to win a huge amount of money. หารายได้เสริม In youtube mp4 this guide, we will show you 1xbet korean how to make

    ReplyDelete