Tuesday 26 May 2015

Holiday : Gunung Ledang (part 2)


Ok. seperti yang aku janjikan, serba sedikit tentang Taman Hutan Lagenda, Taman Negara Johor (Gunung Ledang). Info ni aku google kat wikipedia, tapi kalau nak tahu lebih banyak info korang boleh search kat Johor.gov.my

Taman Negara Gunung Ledang terletak di daerah Ledang, Johor atau lebih tepat lagi di pekan Sagil. Taman Negara Gunung Ledang mula beroperasi pada Julai 2003, dan telah diwartakan sebagai Taman Negara Johor pada 3 Oktober 2005. Saiz taman adalah seluas 8,611 hektar. Selain itu, ia juga terkenal dengan lagenda Puteri Gunung Ledang di mana secara mitosnya merupakan seorang Puteri yang sangat cantik dan menawan, sesiapa yang memandangnya pasti akan tertarik kepadanya disebabkan oleh rupa parasnya yang sangat cantik. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang ialah Gusti Putri Retno Dumilah. Ketinggian Puncak Gunung Ledang adalah 1276m pada aras laut. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya ialah:
  • rekreasi (mandi - manda).
  • perkhemahan.
  • menginap (chalet, dorm, pondok dan tapak khemah).
  • mendaki (kolam gajah, sg. tiga segi dan bukit botak).
  • aktiviti pendidikan alam ( berjalan malam, perangkap cahaya, interpretasi alam dan eksplorasi alam.
  • aktiviti dalam kumpulan.
  • latihan ketenteraan.

Pintu Gerbang Taman Hutan Lagenda
Time ni aku sampai dalam around 4.30 petang, tempat ni kita akan jumpa first kalau kita dari Tangkak sebelum sampai Air Terjun, Gunung LedangKawasannya pun agak kedalam sedikit dari jalan utama, entry caj untuk masuk kawasan Hutan Lagenda RM5 seorang. 

Para pencinta alam memang sesuai la datang sini, berbeza dengan kawasan air terjun yang sebelum ni. Kat sini orang memang kurang, takde riuh-riuh. Kalau riuh pun bunyi serangga je. Tapi kalau untuk berlibur, aku cadangkan lebih baik korang pi kawasan air terjun. Sebab air terjun kat sini kecik giler. Hehehehe.


Cantik tak? Ni la tempat Puteri Gunung Ledang. Hehehehe. Gurau je, kat rumah kayu ni korang boleh dapat banyak info tentang Taman Hutan Lagenda & Gunung Ledang, jugak tentang flora & fauna yang ada di sini. Kalau malas nak baca, korang boleh request untuk tengok filem dokumentari. 


Kawasan luar rumah kayu tu, ada taman herba, taman periuk kera & zoo mini. Tapi, aku prefer untuk mendaki. Ceh, mendaki la sangatkan. Hehehehe. Kira macam jalan-jalan tengok kawasan tu la. Aku pi berdua dengan adik aku, yang lain cuma nak jalan-jalan di kawasan sekitar rumah kayu je. Tapi aku cadangkan untuk girl, harus berteman. 

Masa perjalanan nak naik tu ada la jugak selisih dua ke tiga orang pelancong asing yang turun dan naik. Dalam kepala otak pikir, mesti banyak kawasan yang cantik kat sini. Kebetulan terjumpa dengan pakcik sembur daun di laluan pejalan kaki. 

"Assalamualaikum, pakcik. Nak tanya la, ni jalan nak pi mana?'' Tanya aku

''Wa'alaikumsalam. Yang kiri ni nak pi pondok & tapak khemah, yang kanan ni nak pi Kolam Mahligai & Puncak Mahligai.'' Jawab pakcik tukang sembur daun.

''Naik la.'' Jemput pakcik tu lagi. 

Pergh, macam datang nak beraya pulak siap jemput naik. Lebih kurang macam tu la dailognya, lepas ucap terima kasih aku n adik aku terus bla. Dalam otak aku dah mula pikir, Kolam Mahligai ni mesti cantik macam Kolam Puteri. Dah nama pun mahligai, opkos la cantik ye tak.  Tak sabar rasa hati nak tengoknya. 


Sampai je Kolam Mahligai, aku terus terpaku, antara percaya dan tidak. Yang ada kat depan aku masa tu Kolam Mahligai. Ternyata otak aku terlajak berimaginasi, adalah sekawan ikan yang sibuk main kejar-kejar. Air kolamnya pulak, adalah paras2 atas sikit dari buku lali. Untuk merawat hati yang kecewa, aku snap dua, tiga gambar sebagai kenang-kenangan di Kolam Mahligai.

Aku teruskan lagi pendakian yang tak seberapa ni. Selepas Kolam Mahligai laluannya agak mencabar sikit, lebih curam. Tapi jangan risau sebab laluan kat situ dah tersedia anak-anak tangga.



Waktu ni, aku mendaki ikut cerun air terjun. Baru adventure, tapi batu-batu ni agak licin sebab berlumut. Jadi hati-hati, sebab cerun ke bawah sangat dalam dan bahaya. 


Ni jambatan yang ada kat atas cerun air terjun tadi.


Aku sampai je kat signboard ni, dah dekat pukul 5.30petang. So, kami decided tak nak terus pendakian ke Puncak Mahligai. Memandangkan Puncak Mahligai mengambil masa 5 jam untuk sampai, kompom dah gelap-gelita kawasan ni. Kat sini pun dah kurang cahaya semacam, mendung pulak tu takut hujan nanti. Plus, kesian mak kami kat bawah menunggu ketibaan kami.




Wednesday 29 April 2015

Holiday : Gunung Ledang

Lama dah rasanya aku menyepi, rindu nak blogging tu memang ada. Tapi ruang masa tu tak mengizinkan. Hari ni takde banyak keje kat opis. So, boleh la update blog yang bersarang labah-labah ni. Hahahaha


Ok ni cerita dua minggu lepas, semperna Hari Pengisythiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah. Akceli, aku bukan orang Melaka pun. Saje menyibuk tumpang hari holiday dorang. Hahahaha.
Kebetulan adik aku yang study kat UCAM, Melaka tu cuti, apa lagi aku pun apply la cuti sekali. Orang tua kata sambil menyelam minum air. Hari-hari busy kat ofis, sesekali pi tempat macam ni memang seronok la. Plus, bukan senang dapat luangkan masa dengan family macam ni.

Waktu ni aku pi, boleh tahan ramai orang jugak la (mungkin orang Melaka). Tapi kalau hari cuti lagi la ramai. Bagi sape-sape yang rajin and banyak tenaga, boleh la naik tangga ni sampai Kolam Puteri. Kat situ, cantik baq hang, nyaman je. Tapi, kat bawah ni pun dah terasa kesejukan and kenyamanannya.
Aku takde la nak pi sampai Kolam Puteri tu, bawak anak buah kot. Anak buah aku baru 5 tahun and 7 tahun, tak kuasanya dorang nak naik sampai situ. Tempat tu memang jauh naik ke atas, bagi mak bapak yang bawak anak-anak kecik tu tak usah la nak gigih sangat pi panjat tangga ni. Memang betul usaha tangga kejayaan. Tapi ni tangga kepenatan, kesian kek anak-anak tu. Aku pun tak sanggup, ni kan pulak budak-budak kecik. Emo sekejap.

Kot-kot ada yang nak bercuti dengan family ke, boleh la sewa Gunung Ledang Resort ni. Aku tak pasti la berapa kadar sewanya. Tempatnya pun dekat dengan air terjun, tak payah susah-susah nak jalan kaki segala. 
Sebelum balik, jom la beli souvenir untuk kawan-kawan ke, sedara mara ke, tak pun untuk bos. Sebagai tanda terima kasih sebab bagi cuti. Hahahaha.

 Amoy ni tengah ukir nama pada gelang. Lupa pulak nak snap gambar gelang tu. Macam-macam ada, baju, pensil, gelang, mug, magnet yang letak kat freezer, nak sebut pun dah tak tahu.



Ni bahagian dalam kedai souvenir
Ihsan Pakcik google. Terima kasih pakcik. hahhaha
             Gunung Ledang ni bukan ada satu je air terjun kat situ. Kalau dari Tol Tangkak, akan jumpa Taman Hutan Lagenda, Taman Negara Johor, Gunung Ledang dulu. Panjangkan nama dia, tapi orang-orang kat situ panggil Taman Lagenda je. Ni cerita part (2).

Monday 5 January 2015

Resepi Tortilla Wrap

Selamat Tahun Baru 2015,
Walaupun dah terlambat beberapa hari. Hehehehe. Rasanya macam baru je tahun 2014, tetiba dah masuk tahun 2015 pulak kan. Azam pun kena update jugak, mana-mana azam tahun-tahun lalu yang belum tertunai bawaklah ke tahun ni. Hehehehe. Kalau masa sekolah dulu, tiap-tiap tahun pasang azam baru. Tahun baru azam pun barulah, ye tak. Tapi bila dah dewasa ni baru sedar bertapa pentingnya menunaikan azam yang kita buat. Korang pulak macam mana?
Cuti tahun baru ni jatuh pada hari Khamis, dan hari Jumaat ada urusan pendaftaran adik di kolej. Sabtu dan Ahad pulak memang hari tak bekerja. So, banyak la masa untuk berehat dan bersantai-santai kat rumah. Kebetulan pulak anak buah kesayangan ada kat rumah, aku pun merajinkan diri membuat resepi yang serba mudah dan ringkas, dan paling penting mengenyangkan. Anak buah pun suka.
Tortilla Wrap. Buatnya mudah je, lebih mudah kalau beli tortilla yang ada kat pasaraya tu. Hehehehe. Cuma ikut je instruction yang tertulis kat plastik.
Tortilla
Recipe by : Azlita Aziz
  • 250gm     Tepung Gandum
  • 1tsp          Baking Powder
  • 1tsp          Garam
  • 55gm        Shortening
  • 175ml       Air Suam

Inti
  • 2kpg       Dada Ayam
  • 1tsp         Lada Hitam
  • 1tsp         Garam
  • 2tsp         Minyak Bijan
  • secubit    Serbuk Pati Ayam
  • 2biji        Tomato      - dipotong dadu
  •                 Salad        -dihiris
  •                 Mayonis - Thousand Island



Cuci bersih ayam dan keringkan.
Kemudian masukkan lada hitam, garam, dan serbuk pati ayam. Gaul rata dan masukkan minyak bijan. Gaul lagi.
Perap sebentar, dan pagang dalam oven 250C sehingga perang.
Ayam yang telah masak dipotong memanjang.
Sambil tu, ayak tepung, baking powder & garam. Masukkan shortening dan ramas-ramaskan.
Tuang air suam dan uli sehingga menjadi doh. Tutup dengan plastik dan biarkan lebih kurang 15 minit.
Bahagi doh kepada 5 bahagian sama rata dan bentuk menjadi bebola kecil. Biarkan 10 minit.
Kemudian canaikan doh diatara 2 keping plastik, sehingga menjadi bulat
Panaskan non-stick pan dan masak tanpa minyak. Balik-balikkan bila permukaan mengelembung.
Masak setiap side 1 1/2 minit.
Setelah siap letakan tomato, salad, ayam panggang, dan mayonis di atas tortilla dan di gulung.





*P/S : Kalau nak buat tortilla yang digulung, mestilah gulung sewaktu tortilla tu masih panas. Kalau lambat tortilla akan keras dan patah bila kita gulung.