Tuesday, 26 May 2015

Holiday : Gunung Ledang (part 2)


Ok. seperti yang aku janjikan, serba sedikit tentang Taman Hutan Lagenda, Taman Negara Johor (Gunung Ledang). Info ni aku google kat wikipedia, tapi kalau nak tahu lebih banyak info korang boleh search kat Johor.gov.my

Taman Negara Gunung Ledang terletak di daerah Ledang, Johor atau lebih tepat lagi di pekan Sagil. Taman Negara Gunung Ledang mula beroperasi pada Julai 2003, dan telah diwartakan sebagai Taman Negara Johor pada 3 Oktober 2005. Saiz taman adalah seluas 8,611 hektar. Selain itu, ia juga terkenal dengan lagenda Puteri Gunung Ledang di mana secara mitosnya merupakan seorang Puteri yang sangat cantik dan menawan, sesiapa yang memandangnya pasti akan tertarik kepadanya disebabkan oleh rupa parasnya yang sangat cantik. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang ialah Gusti Putri Retno Dumilah. Ketinggian Puncak Gunung Ledang adalah 1276m pada aras laut. Selain itu terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Antaranya ialah:
  • rekreasi (mandi - manda).
  • perkhemahan.
  • menginap (chalet, dorm, pondok dan tapak khemah).
  • mendaki (kolam gajah, sg. tiga segi dan bukit botak).
  • aktiviti pendidikan alam ( berjalan malam, perangkap cahaya, interpretasi alam dan eksplorasi alam.
  • aktiviti dalam kumpulan.
  • latihan ketenteraan.

Pintu Gerbang Taman Hutan Lagenda
Time ni aku sampai dalam around 4.30 petang, tempat ni kita akan jumpa first kalau kita dari Tangkak sebelum sampai Air Terjun, Gunung LedangKawasannya pun agak kedalam sedikit dari jalan utama, entry caj untuk masuk kawasan Hutan Lagenda RM5 seorang. 

Para pencinta alam memang sesuai la datang sini, berbeza dengan kawasan air terjun yang sebelum ni. Kat sini orang memang kurang, takde riuh-riuh. Kalau riuh pun bunyi serangga je. Tapi kalau untuk berlibur, aku cadangkan lebih baik korang pi kawasan air terjun. Sebab air terjun kat sini kecik giler. Hehehehe.


Cantik tak? Ni la tempat Puteri Gunung Ledang. Hehehehe. Gurau je, kat rumah kayu ni korang boleh dapat banyak info tentang Taman Hutan Lagenda & Gunung Ledang, jugak tentang flora & fauna yang ada di sini. Kalau malas nak baca, korang boleh request untuk tengok filem dokumentari. 


Kawasan luar rumah kayu tu, ada taman herba, taman periuk kera & zoo mini. Tapi, aku prefer untuk mendaki. Ceh, mendaki la sangatkan. Hehehehe. Kira macam jalan-jalan tengok kawasan tu la. Aku pi berdua dengan adik aku, yang lain cuma nak jalan-jalan di kawasan sekitar rumah kayu je. Tapi aku cadangkan untuk girl, harus berteman. 

Masa perjalanan nak naik tu ada la jugak selisih dua ke tiga orang pelancong asing yang turun dan naik. Dalam kepala otak pikir, mesti banyak kawasan yang cantik kat sini. Kebetulan terjumpa dengan pakcik sembur daun di laluan pejalan kaki. 

"Assalamualaikum, pakcik. Nak tanya la, ni jalan nak pi mana?'' Tanya aku

''Wa'alaikumsalam. Yang kiri ni nak pi pondok & tapak khemah, yang kanan ni nak pi Kolam Mahligai & Puncak Mahligai.'' Jawab pakcik tukang sembur daun.

''Naik la.'' Jemput pakcik tu lagi. 

Pergh, macam datang nak beraya pulak siap jemput naik. Lebih kurang macam tu la dailognya, lepas ucap terima kasih aku n adik aku terus bla. Dalam otak aku dah mula pikir, Kolam Mahligai ni mesti cantik macam Kolam Puteri. Dah nama pun mahligai, opkos la cantik ye tak.  Tak sabar rasa hati nak tengoknya. 


Sampai je Kolam Mahligai, aku terus terpaku, antara percaya dan tidak. Yang ada kat depan aku masa tu Kolam Mahligai. Ternyata otak aku terlajak berimaginasi, adalah sekawan ikan yang sibuk main kejar-kejar. Air kolamnya pulak, adalah paras2 atas sikit dari buku lali. Untuk merawat hati yang kecewa, aku snap dua, tiga gambar sebagai kenang-kenangan di Kolam Mahligai.

Aku teruskan lagi pendakian yang tak seberapa ni. Selepas Kolam Mahligai laluannya agak mencabar sikit, lebih curam. Tapi jangan risau sebab laluan kat situ dah tersedia anak-anak tangga.



Waktu ni, aku mendaki ikut cerun air terjun. Baru adventure, tapi batu-batu ni agak licin sebab berlumut. Jadi hati-hati, sebab cerun ke bawah sangat dalam dan bahaya. 


Ni jambatan yang ada kat atas cerun air terjun tadi.


Aku sampai je kat signboard ni, dah dekat pukul 5.30petang. So, kami decided tak nak terus pendakian ke Puncak Mahligai. Memandangkan Puncak Mahligai mengambil masa 5 jam untuk sampai, kompom dah gelap-gelita kawasan ni. Kat sini pun dah kurang cahaya semacam, mendung pulak tu takut hujan nanti. Plus, kesian mak kami kat bawah menunggu ketibaan kami.




8 comments:

  1. Cantik pemandangannya.

    Saya dah pernah sampai ke Tangkak, cuma belum ada rezeki ke Hutan Gunung Ledang tu...

    ReplyDelete
  2. Insyallah, de rezeki lain masa. Saya pun first time masuk Taman Hutan Legenda tu.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah sampai sini... Sesuai untuk mereka yang suka keindahan alam semula jadi. Selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  4. bestnya.. x pernah lagi sampai di sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Ada rezeki mesti sampai.

      Delete
  5. nice entry babe. jemput baca sy pnya pula ye forexmudahbyjo

    ReplyDelete