Monday 15 December 2014

Resepi Kimbap

Kimbap (Gimbap) ni juga salah satu makanan rakyat Korea, nampak macam sushi kan. Ahakss.... Actually, deme ni lebih kurang adik beradik juga la. 
Bukan senang dapat masak macam ni. Kena bertarung dengan masa, kalau hari bekerja memang jarang la aku mencuba masakan yang bukan selera family aku. Hari bekerja ni, turn aku masak adalah malam, sebab waktu malam aku kurang sikit aktiviti. Tapi masakkan baru biasanya aku akan cuba masa hari cuti iaitu Sabtu dan Ahad, sebab adik-adik dan anak buah aku cuti.
Ok. Mana Kimbap atau Gimbap ni dapat nama. " kim @ gim" merujuk kepada kepingan seaweed kering dan "bap" ialah nasi dalam bahasa Korea, bukan dalam bahasa Melayu ye. 
Apa yang membuatkan kimbap ni berbeza dari sushi? Adakah rupanya ke? Atau sizenya ke?  Hah. Jawapannya adalah nama deme. Hahahahah. Gurau je. Sebenarnya adalah kandungan campuran bahan di dalam nasi. Kandungan campuran nasi di dalam kimbap cukup simple, iaitu nasi dicampur dengan garam dan sesame oil.
Manakala, nasi untuk sushi pula di campur dengan rice vinegar atau cuka sushi, garam, dan gula. Dah kandungan berbeza, sure la rasanya juga berbeza.
Kimbab rasanya sedikit masin, ditambah pula dengan aroma dan rasa sesame oil yang kuat hingga menenggelamkan bau dan rasa seaweed. Sushi pula terdapat pelbagai rasa, ada masin, manis dan masam. Jadi aroma dan rasa seaweed jelas dapat dirasa.
Kimbap
Recipe : Naomi Imatome-Yun
  • 4kpg       Nori (seaweed kering)
  • 2cwn      Nasi (guna short grained rice) 
  • 2tsp        Sesame oil
  • 2tsp        Garam
Traditional Filling 
  • 1btg       Lobak merah
  • 1btg       Timun Jepun
  • 2biji       Telur
  • 8btg       Isi ketam
  • 1/2tsp    Lada hitam
  •               Bijan
Dalam satu mangkuk, masukkan nasi, sesame oil dan daram. Kacau rata.
Dalam mangkuk lain, pecahkan telur. Rencahkan dengan sedikit garam dan lada hitam.
Masukkan isi ketam dalam mangkuk dan tuang dengan air panas. Biarkan 2 minit dan toskan.
Panaskan kuali non-stick dengan sedikit minyak dan masukkan telur. Apabila dah setengah masak, gulungkan telur. Tekan-tekan sikit bagi padat. Angkat dan potong.




Tepekkan nasi di atas seaweed, tekan-tekan sikit bagi padat. Tinggalkan hujung sikit, senang nak gulung nanti.
Letak pula intinya. Susun ikut kreativiti korang. 
Gulungkan perlahan-lahan sambil picit-picit bagi padat.
Ulang sampai habis.
Dah selesai boleh potong.
Taburkan bijan sikit kat atas kimbap tadi.
Baru nampak macam kimbap Korea. Ahakssss.



Wednesday 3 December 2014

Resepi Kimchi





Kimchi!!!! Apa itu kimchi?
Kimchi ialah sayuran yang diperam. Kebiasaannya, bahan utama kimchi adalah kobis china (Napa cabbage). Kimchi ni sangat-sangat famous di South Korea. Dorang makan kimchi ni dari pagi sampai la ke malam, maknanya bukan makan tak berhenti ye. Tapi setiap meal dorang mesti ada kimchi, lebih kurang macam wajib la.

Kalau korang peminat tegar artis Korea, confrim korang tau. Especially, peminat Running Man, sebab kadang-kadang dorang ada mission makan-makan la, masak-masak pun ada, and ada satu episode yang dorang buat kimchi ni, [ep:123 'Kimchi War']. Tapi takde la dorang tunjuk detail macam rancangan masakan tu.





Ok. Berbalik pada kimchi tadi. Kimchi yang dah diperam, rasanya masam. Bergantung berapa lama korang peram la, lagi lama lagi masam. Dah nama pun peram what, sure la masam ye tak. Tapi kalau dah tekak melayu, macam aku ni, memang agak susah nak terima pada mulanya. Tapi lama-lama, okey je. Dah biasa dengan sambal belacan kan, cuba pelbagaikan masakannya. Insyallah, boleh.

Pada sape-sape yang nak buat kimchi ni, korang jangan terkejut lak. Kimchi ni memang de satu bau yang kurang mesra. Baunya, ya ampun, memang menyegat hidung. So, masa buat kimchi tu jangan la gatal-gatal letak halia & sos ikan banyak sangat. Memang betul bau menyengat tu masih ada, at least kurang sikit la. Serious, bukan rekaan semata-mata.

Benda macam ni penah jadi kat aku, masa first aku try buat kimchi. Time tu bangga je campak-campak bahan tak ikut sukatan. Cukup masa aku buka kimchi tu, nyaris pengsan. hahaha. Bau je rasa nak termuntah, belum rasa lagi. Mak and abang aku bising je, sebab bau yang meloyakan satu hal, membazir pulak tu. Tabahkan je la telinga ni, dengar dorang bising. Kononnya like a pro. Tapi tak berputus asa tu yang penting. Bak kata orang, belajar dari pengalaman ye tak. Orang la yang kata, aku sampaikan je.


Kimchi
Recipe by : maangchi


  • 900g    kobis china (napa cabbage)
  • 30g        garam
  • 1/2cup   air
  • 2tsp       tepung pulut
  • 2tsp       brown sugar/ gula biasa
  • 15g        lobak merah - potong mancis
  • 15g        lobak putih - potong mancis
  • 2btg       daun bawang - potong mancis
  • 2tbsp     bawang putih - kisar
  • 1/2tsp    halia - kisar
  • 2tbsp     bawang holland - kisar
  • 1tbsb     sos ikan / shrimp paste (a.k.a : cencaluk)
  • 30g        chili flakes

Trim daun kobis yang layu dan rosak.
Kemudian belah 2, then belah 2 lagi. Maknanya 4 bahagian la.
Cuci bersih setiap layer kobis, agar tak ada kotoran yang tertinggal. Toskan.
Taburkan garam pada setiap layer, terutamanya di bahagia pangkal, kerana bahagian pangkal agak tebal.
Biarkan selama 2 jam, serta dibalik-balik setiap 30 minit.
Selepas 2 jam, kobis tersebut dicuci bersih-bersih setiap layer dan perah, macam perah baju. ulang 3 kali.




Sementara menunggu kobis layu. Masakkan porridge untuk buat paste kimchi.
Campurkan tepung pulut dan air dalam satu periuk.
Masak dengan api sederhana selama 10minit @ sehingga timbul buih.
Tambahkan gula, kacau hingga larut dan sejukkan.

Dalam satu mangkuk besar, masukkan porridge, sos ikan, chili flakes, dan bahan kisar. Gaul sekata.
Tambahkan sayur yang dipotong mancis dan gaul lagi.

Lumurkan bahan paste pada kobis tadi. Pastikan setiap helai dilumur.
Masukkan dalam bekas kedap udara dan tutup. 
Biarkan pada suhu bilik selama 2 hari. 
Selapas 2 hari baru la dimasukkan ke dalam peti sejuk, untuk melambatkan proses penapaian.


Kimchi ni disimpan dalam tempayan.