Kimchi!!!! Apa itu kimchi?
Kimchi ialah sayuran yang diperam. Kebiasaannya, bahan utama
kimchi adalah kobis china (Napa cabbage). Kimchi ni sangat-sangat famous di South
Korea. Dorang makan kimchi ni dari pagi sampai la ke malam, maknanya bukan makan tak berhenti ye. Tapi setiap meal dorang mesti ada kimchi, lebih kurang macam wajib la.
Kalau korang peminat tegar artis
Korea, confrim korang tau. Especially, peminat Running Man, sebab kadang-kadang
dorang ada mission makan-makan la, masak-masak pun ada, and ada satu episode yang dorang buat kimchi ni, [ep:123 'Kimchi War']. Tapi takde la dorang tunjuk detail macam rancangan masakan tu.
Ok. Berbalik pada kimchi tadi. Kimchi yang dah diperam,
rasanya masam. Bergantung berapa lama korang peram la, lagi lama lagi masam. Dah nama pun peram what, sure la masam ye tak. Tapi kalau dah tekak
melayu, macam aku ni, memang agak susah nak terima pada mulanya. Tapi lama-lama, okey je. Dah biasa dengan sambal
belacan kan, cuba pelbagaikan masakannya. Insyallah, boleh.
Pada sape-sape yang nak buat kimchi ni, korang jangan
terkejut lak. Kimchi ni memang de satu bau yang kurang mesra. Baunya, ya ampun, memang menyegat hidung. So, masa buat kimchi tu jangan la gatal-gatal letak
halia & sos ikan banyak sangat. Memang betul bau menyengat tu masih ada, at least
kurang sikit la. Serious, bukan rekaan semata-mata.
Benda macam ni penah jadi
kat aku, masa first aku try buat kimchi. Time tu bangga je campak-campak bahan
tak ikut sukatan. Cukup masa aku buka kimchi tu, nyaris pengsan. hahaha. Bau
je rasa nak termuntah, belum rasa lagi. Mak and abang aku bising je, sebab bau yang meloyakan satu hal, membazir pulak tu. Tabahkan je la telinga ni, dengar dorang bising. Kononnya like a pro. Tapi tak berputus
asa tu yang penting. Bak kata orang, belajar dari pengalaman ye tak. Orang la
yang kata, aku sampaikan je.
Kimchi
Recipe by : maangchi
- 900g kobis china (napa cabbage)
- 30g garam
- 1/2cup air
- 2tsp tepung pulut
- 2tsp brown sugar/ gula biasa
- 15g lobak merah - potong mancis
- 15g lobak putih - potong mancis
- 2btg daun bawang - potong mancis
- 2tbsp bawang putih - kisar
- 1/2tsp halia - kisar
- 2tbsp bawang holland - kisar
- 1tbsb sos ikan / shrimp paste (a.k.a : cencaluk)
- 30g chili flakes
Trim daun kobis yang layu dan rosak.
Kemudian belah 2, then belah 2 lagi. Maknanya 4 bahagian la.
Cuci bersih setiap layer kobis, agar tak ada kotoran yang tertinggal. Toskan.
Taburkan garam pada setiap layer, terutamanya di bahagia pangkal, kerana bahagian pangkal agak tebal.
Biarkan selama 2 jam, serta dibalik-balik setiap 30 minit.
Selepas 2 jam, kobis tersebut dicuci bersih-bersih setiap layer dan perah, macam perah baju. ulang 3 kali.
Sementara menunggu kobis layu. Masakkan porridge untuk buat paste kimchi.
Campurkan tepung pulut dan air dalam satu periuk.
Masak dengan api sederhana selama 10minit @ sehingga timbul buih.
Tambahkan gula, kacau hingga larut dan sejukkan.
Dalam satu mangkuk besar, masukkan porridge, sos ikan, chili flakes, dan bahan kisar. Gaul sekata.
Tambahkan sayur yang dipotong mancis dan gaul lagi.
Lumurkan bahan paste pada kobis tadi. Pastikan setiap helai dilumur.
Masukkan dalam bekas kedap udara dan tutup.
Biarkan pada suhu bilik selama 2 hari.
Selapas 2 hari baru la dimasukkan ke dalam peti sejuk, untuk melambatkan proses penapaian.
 |
Kimchi ni disimpan dalam tempayan. |